Birthday CHATTERS KL10-->@Kancan pada 05 january@Fatt (penghulu room) pada 15 january@Dj_n4n pada 26 mac@Ssms pada 13 april@Susu pada 14 april@Spanary pada 17 april@ zalie jawa pada 19 april@red_water_lily pada 24 april@Bradd pitt pada 20 mei@Miraadalea pada 24 mei@Mimi pada 04 jun@Ana pada 5 jun@Gee_maihani pada 10 jun@kak Act pada 26 jun@Umi_nazirah(otai room ) pada 02 julai@Miznia pada 24 julai@Hana pada 04 ogos@Akak_kambing(nurul imah)pada 07 ogos@Aboi69my pada 14 september@Sarena_farhan pada 18 oktober@Pija bongek pada 23 dis@Chor pada 24 dis@Omey(NewBie)Pada 8 april ~~HADIAH JANGAN LUPA TAU!!

WELCOME TO.....

KATA KATA ALUAN...


ASSALAMMUALAIKUM...

Blog ini terlahir dari ilham chattes kuala lumpur global chat 10. Hanya untuk memaparkan apa aktiviti yang telah dan belum serta akan lakukan. Di samping itu,blog ini di harapkan dapat memupuk semangat persahabatan di kalangan kami. Bermula dengan room chat, kami berkenalan, dan bermesra, akhirnya dapat membentuk persahabatan yang murni



Diharapkan dengan adanya blog ini dapat mengabadikan segala kenangan dan memori indah kami sewaktu besama... sekiranya ada di antara anda semua ada bakat terpendam, or apa saja yang anda rasa hendak meluahkan , tapi tak tau di mana, di sinilah tempatnya.. untuk anda berkreatip di samping mengeratkan silatulrahim..

sekian terima kasih

BACKGROUND

Wednesday, April 15, 2009

Jom Bercuti Ke Bukit Larut..

Salam buat semua pengunjung kali ni kiter melancong lagi kesatu tempat yang menarik..kat perak gak..kat kampung aku sendiri<--cam nak promote kampung ja...wakaka tak kesah la ape pun..meh kiter tgk ...best ke tak...tempat ni dinama kan Bukit Larut atau biasa aku panggil maxwell ja..dulu masa sekolah2 aku rajin daki gunung ni pepagi lam jam 7 aku dah start daki...ader yg pernah sampai ke?..kalau belum meh la daki sesama..hihi...sejarah time..ditemui pada 1988 tempat peranginan tertua kat perak..dulu asalnya tempat rehat askar2 british..yg aku tahu la..ketinggian 1.035mtr dr paras air kolam ikan umah aku..dan dibahagian bawah ader satu tempat untuk berkelah dan mandi manda nanti aku citer lam episod akan dtg..k jarak dr taiping lebih kurang 3mtr tak jauh pun..betul2 berhadapan dgn taman tasik taiping...meh kiter tgk pic kat bawah ni.. ha ni signboard je saja nak bawak korang rasa cam berada depan bukit tu...wakaka

ini bandar Taiping korg tgk bukit tgh2 tu..ha tu ler bukit dia..rendah sikit dr genting highland hehehe..


ni kenderaan pengangkut yg akan bawa kiter kat atas bukan free tau kena bayar...selama aku naik tak pernah pun aku guna jip ni..aku takut terbabas..laju seh dia bawak..beh beik aku daki je..


ini laluan atau jalan nak naik keatas puncak ngeri..bayang kan la kalau naik jip camna perasaan korang...aku nak idup lama lagi..wakaka..tapi setakat ni takde la yg aku dgr mati...best kan keliling dia hutan hujan..syahdu ja.


ni keadaan kat atas tu time subuh2 sejuk...berkabus..lagi pun sana kawan hujan..so sejuk..kalau gan awek lomen2 pun besh..wakaka jgn gatai2 nak wat k...hahaha


ok ni pemandangan kat atas tu..makanan mahal skit..sebab dia antar bekalan guna jet f16 tu pasal la.. ..

ni pemandangan kat atas puncak tu jugak syantik kan...dulu masa aku gan awek cinta monyet aku gaduh2 kat atas ni la..lepas puas guling2 cam filem hindustan akhirnya berakhir gan trajidi memilukan..putus cinta uwaaauwaaaa


ok ni kalau korang nampak dr atas tu leh nampak keseluruhan bandar warisan taiping...


ermm amacam best tak...meh la jalan2 bawak sedara2 ke family ke..bawak kekasih ke tunang ke bini ker..yg ke ke je leh bawak ...yg tak berkenaan tak yah bawak menghabiskan beras je..hihi..

bagaimana nak kesana? ermm soalan ni biar aku jawab....
first sekali booking hotel dulu..ader 3 hotel yg aku leh suggest korang ambik..yg pertama SSL traders kemunting sebab dia baru..yg kedua Seri Malaysia dan yg ketiga Panorama hotel..semua ni hotel2 yg dekat2 je..dgn bukit larut tu..kalau korang dr KL leh drive ikut highway dan kuar kat Tol Taiping Utara atau Taiping Selatan ..jgn kuar highway perlis utara plak wakaka..dari Kl 3jam je jarak perjalanan..kalau slow kalau laju 200km/jam 1jam setengah leh sampai..laju tu..kalau naik bas express korang akan turun kat Kemunting Bus Station..dari situ samaada naik teksi atau bas taiping terpulang...harga tambang tanya sendiri k..hihi..aku cadang korang naik pagi2 then leh turun sebelah ptg..kepada para2 wanita ...anda pasti teruja gan bungga2 tulip kat atas tu...so dtg jgn lupa bawa kamera k...akhir kata..dari aku..hati2 dijalan raya..chow
..

4 comments:

  1. sekadar memberitahuApril 15, 2009 at 2:27 AM

    erm..nape ek blog ni ade cuti2 mesia sume..nmpak mcm serabot la..juz fokus to room n aktiviti room xbole ke..kalo nk post pon post la jokes xla bosan

    ReplyDelete
  2. ermm serabut ek...takpe next takde lagi label cuti2 ni..semua kisah chatter ja..for information ini just memberi idea tuk membuat aktiviti2 kat situ..sama ade gath atau apa saja aktiviti..KL10 nak tahun lepas tempat tu dah dibuat gath oleh chatter2 penang 1...then pada label disebelah kiri tu ade segala macam link tuk dibaca..so boleh pergi ke page yg lain tuk ..mencari bahan2 yg diperlukan..akhir kata majulah blog tuk semua...chow

    ReplyDelete
  3. adoi...bila dengar bukit larut ..teringat aku masa tahun 1980...bawa askar mendaki ..tanpa mengikut jalan raya.....akhir nye kerana nak tunjuk pandai...kami tersesat selama 30 minit...kenangan yg tak dapat saya lupa...cuma kena ingat apa bila berjalan dalam hutan jangan sombong dan bongkak...akibatnyer sesat.....salam dari saya..major stingray..

    ReplyDelete