Birthday CHATTERS KL10-->@Kancan pada 05 january@Fatt (penghulu room) pada 15 january@Dj_n4n pada 26 mac@Ssms pada 13 april@Susu pada 14 april@Spanary pada 17 april@ zalie jawa pada 19 april@red_water_lily pada 24 april@Bradd pitt pada 20 mei@Miraadalea pada 24 mei@Mimi pada 04 jun@Ana pada 5 jun@Gee_maihani pada 10 jun@kak Act pada 26 jun@Umi_nazirah(otai room ) pada 02 julai@Miznia pada 24 julai@Hana pada 04 ogos@Akak_kambing(nurul imah)pada 07 ogos@Aboi69my pada 14 september@Sarena_farhan pada 18 oktober@Pija bongek pada 23 dis@Chor pada 24 dis@Omey(NewBie)Pada 8 april ~~HADIAH JANGAN LUPA TAU!!

WELCOME TO.....

KATA KATA ALUAN...


ASSALAMMUALAIKUM...

Blog ini terlahir dari ilham chattes kuala lumpur global chat 10. Hanya untuk memaparkan apa aktiviti yang telah dan belum serta akan lakukan. Di samping itu,blog ini di harapkan dapat memupuk semangat persahabatan di kalangan kami. Bermula dengan room chat, kami berkenalan, dan bermesra, akhirnya dapat membentuk persahabatan yang murni



Diharapkan dengan adanya blog ini dapat mengabadikan segala kenangan dan memori indah kami sewaktu besama... sekiranya ada di antara anda semua ada bakat terpendam, or apa saja yang anda rasa hendak meluahkan , tapi tak tau di mana, di sinilah tempatnya.. untuk anda berkreatip di samping mengeratkan silatulrahim..

sekian terima kasih

BACKGROUND

Tuesday, April 14, 2009

Jom bercuti di Pangkor Island

Salam sejahtera kepada semua pengunjung2 blog yg indah ini..posting saya kali ni tentang satu tempat menarik yg boleh anda semua kunjungi bersama keluarga, kekasih atau rakan2 untuk aktiviti2 riadah...mungkin ada yang pernah sampai ketempat ni dan mungkin ada juga yg tidak pernah so..kat bawah ni saya selit kan skit gambar2 betapa cantik nya pemandangan lautan di pulau tu..jom kita tgk...

ini feri yang disediakan untuk kepangkor..so kalau nak pergi sana naik lah feri ni..tambang rm 10 dewasa kanak2 rm 6 je pergi/balik...murah2

ini tempat duduk lam feri tu..selesa ader aircond tau..perjalanan 45 minit ke pangkor island..boleh jalan2 naik kat atas kebelakang dan boleh merokok tapi diluar kabin...je..jgn wat cam feri sendiri sudah..wakaka

ini pula jeti di pangkor kalau feri akan berhimpit kat..sini

nanti lepas je korang cross jeti tu..abg2 teksi ni pun tunggu..kat sana van teksi ni la kenderaan nya kalau dtg ramai..harga tambang teksi tu ke teluk nipah rm 20 atau rm 12 ..murah je kalau kongsi reramai..

lepas je korang naik teksi tu...first sekali korang akan melalui pekan pangkor..kecik je..kalau nak beli barang2 kering sotong kering ikan masin,ape2 je yg kering ..semua ade...nak beli cenderamata pun ader kat pekan ni..

ini la satu2 nya jalan raya dr jeti tadi ke teluk nipah atau pasir bogak...

ok..ini lah pangkor laut kalau korg nak tahu...cantik kan..so nanti korang leh naik bot untuk kesana nak pusing2 ke atau nak bermalam ke...tapi mahal skit la sewa nyer..harga belum disiasat ...wakaka

ni pun salah satu pangkor laut resort...

ok ni lah pantai teluk nipah..cantik kan..mast saleh pun ramai kat sini..berbikini lagi..bestt leleh siut..aku kalau pergi mesti sewa kat sini je..sebab cantik..

cantik tak? kalau nak wat ghatering memang best tau..

ini salah satu hotel yg ada disana.

..ok ni antara deretan kedai yg menjual barang kering tu..udang kering ..biawak kering pun ader..wakaka....balik nanti make sure singgah beli buah tgn tau..

ikan kering bergantungan

erm sedap2

ini bot2 yg disediakn pada pelancong2 luar..harga murah je..sekali pusing pulau giam..dah pangkor laut siap gan pakej snorkling..hanya rm 20 je satu kepala..kalau naik kurang dr 8 org harga mahal skit..so naik la reramai..lebih dr 8..maksima leh naik bot besar 15 org..

ermm best nyer pancing..kat sana kalau korang nak memancing memang best..ikan sagai..kerapu..jenahak..dan ikan alu2 memang banyak..leh pergi gan bot tu..aku selalu pancing dapat buntal je...wakaka

so kalau korang nak tahu lebih lanjut bagaimana nak pergi nak booking hotel..feri.chalet bot dan snorkling dan memancing ..tunggu esok aku akan masuk kan talian2 yg boleh dihubungi disana bersambung di episod esok..ok..

0 comments:

Post a Comment